Gunung Lewotobi meletus, cetus amaran keselamatan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DALAM gambar edaran yang dirakam dan dikeluarkan pada 7 Julai 2025 oleh Agensi Geologi Indonesia, Gunung Lewotobi Laki-laki dilihat meletus, seperti yang kelihatan dari Flores Timur, Nusa Tenggara Timur. Foto AFP

JAKARTA: Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di Daerah Flores Timur, Indonesia hari ini, mencetuskan amaran bahaya apabila abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam penduduk berhampiran.

Letusan pada 11.05 pagi waktu tempatan itu memuntahkan awan mengandungi abu berwarna kelabu hingga hitam dan berintensiti tinggi sehingga 18 kilometer dari puncak gunung dengan serpihan gunung berapi dilaporkan jatuh di kawasan sekitar.

PENDUDUK kampung memerhati letusan Gunung Lewotobi Laki-laki dari Kampung Nangahale di Sikka, Nusa Tenggara Timur pada 7 Julai 2025. Foto AFP

Pos Pemerhatian Gunung Lewotobi Laki-Laki mengesahkan letusan masih berterusan dan menasihatkan penduduk di lereng gunung menghentikan semua aktiviti serta bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan bertambah buruk.

“Mereka yang terjejas akibat hujan abu dinasihatkan memakai pelitup muka atau menutup hidung dan mulut untuk mengelakkan bahaya pernafasan yang disebabkan oleh abu gunung berapi,” menurut laporan itu.

GUNUNG Lewotobi Laki-laki meletus, seperti yang dilihat dari Kampung Nangahale di Sikka, Nusa Tenggara Timur pada 7 Julai 2025. Foto AFP

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) telah menaikkan tahap amaran kepada Tahap Empat – yang tertinggi pada skala – dan menggesa penduduk serta pelancong mengelakkan semua aktiviti dalam radius enam kilometer dari kawah serta hingga tujuh kilometer di sektor barat daya hingga timur laut. – Bernama

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,