Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
  • GLOBAL

Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya

Utusan Sarawak 4 months ago
MELETUS… Gambar edaran ini diambil dan dikeluarkan semalam oleh Badan Geologi Indonesia menunjukkan Gunung Ibu memuntahkan lahar gunung berapi setinggi kira-kira 4,000 meter semasa letusan. Foto AFP

JAKARTA: Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus semalam, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.

Letusan yang berlaku di Daerah Halmahera Barat pada 7.35 malam waktu tempatan itu berlangsung kira-kira tiga minit lima saat, mengeluarkan abu tebal serta awan gelap ke arah barat dan memuntahkan lava sejauh dua kilometer (km) dari kawah gunung berapi itu.

Pihak berkuasa telah melarang semua aktiviti awam, termasuk mendaki dalam radius empat kilometer dari gunung berapi itu dan zon sejauh 5.5 km ke arah utara dari kawah aktif.

“Bagi menjangkakan potensi bahaya, penduduk digesa memakai pelitup muka dan pelindung mata seperti cermin mata,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak berkuasa tempatan juga diminta berkoordinasi dengan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) untuk pengurangan risiko.

Aktiviti gunung berapi itu kekal pada tahap III, atau ‘berjaga-jaga,’ kerana letusannya telah berubah-ubah sejak Jun 2024, dengan beberapa hari mencatatkan sehingga 70 letusan.

Terdahulu kelmarin, gunung berapi itu meletus dua kali, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi 3,000 meter ke udara, dengan awan abu bergerak ke arah selatan dan tenggara.

Menurut PVMBG, letusan seperti itu adalah fenomena biasa bagi Gunung Ibu berdasarkan tahap aktivitinya ketika ini. Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengelak daripada terpengaruh dengan maklumat palsu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kebakaran di LA: Angin kencang sebarkan api ke kejiranan lain
Next: Orang kedua terkaya dunia bersedia untuk lancarkan roket

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.