Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gunners terlepas peluang kejar Liverpool
  • SUKAN

Gunners terlepas peluang kejar Liverpool

Utusan Sarawak 1 month ago
TANDUKAN TERSASAR… Pemain tengah Arsenal, Mikel Merino menanduk bola semasa aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Goodison Park di Liverpool, England hari ini. Foto AFP

LIVERPOOL: Harapan tipis Arsenal meraih gelaran Liga Perdana Inggeris pertama dalam tempoh 21 tahun semakin pudar selepas seri 1-1 menentang Everton hari ini, sekali gus membolehkan Liverpool menguatkan cengkaman di puncak.

Gol pembukaan Leandro Trossard untuk Arsenal pada separuh masa pertama dibatalkan oleh penalti Iliman Ndiaye. Keputusan tersebut kekal hingga ke wisel penamat dan mengekalkan Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool.

Sementara itu, Liverpool kini hanya memerlukan 11 mata dari lapan baki perlawanan bagi mengsahkan gelaran ke-20 kelab.

Walaupun kekurangan beberapa pemain utama seperti Gabriel Magalhaes, Kai Havertz dan Gabriel Jesus, Arsenal kekal dominan sepanjang separuh masa pertama.

Gol pembukaan Arsenal muncul melalui serangan balas pantas, yang mana Raheem Sterling berjaya menemui Trossard, yang menewaskan penjaga gol Everton, Jordan Pickford menerusi rembatan rendah tepat. Penyerang Belgium itu mencatat gol liga pertamanya liga sejak Januari lalu.

PENALTI SEMPURNA… Penyerang Everton, Iliman Ndiaye menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti semasa aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Goodison Park di Liverpool, England hari ini. Foto AFP

Pada babak kedua, Everton dihadiahkan sepakan penalti hanya beberapa minit selepas separuh masa kedua dimulakan apabila Myles Lewis-Skelly menjatuhkan Jack Harrison di dalam kotak penalti.

Selepas menunggu semakan Pembantu Pengadil Video (VAR), Ndiaye menyempurnakan sepakan penalti sekali gus mengekalkan satu mata di Goodison Park.

The Toffees hanya mencatatkan satu kekalahan dalam 11 perlawanan liga terakhir mereka, iaitu kekalahan 1-0 menentang Liverpool baru-baru ini.

Satu mata berharga tersebut membawa Everton ke kedudukan ke-14, kini 15 mata di depan zon penyingkiran. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tujuh pasukan buru juara Kejohanan Bola Keranjang Jubli Emas Rimbunan Hijau
Next: Verstappen kejutkan McLaren, catat rekod litar untuk petak hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.