KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan 14 muka baharu untuk membawa cabaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.
Ini termasuk dua calon baharu wanita dalam kalangan 31 calon yang diumumkan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako di sini, hari ini.
Antara muka baharu ialah calon bagi kerusi P192 Mas Gading iaitu Lidang Disen; P195 Bandar Kuching (Tay Tze Kok); P200 Batang Sadong (Rodiyah Sapiee); P201 Batang Lupar (Mohamad Shafizan Kepli); P202 Sri Aman (Dato’ Sri Doris Sophia Brodie); P203 Lubok Antu (Roy Angau Gingkoi)
P.204 Betong (Dr Richard Rapu @ Aman Begri); P.205 Saratok (Giendam Jonathan Tait); P.211 Lanang (Wong Ching Yong); P.212 Sibu (Clarence Ting Horh); P.214 Selangau (Edwin Banta) dan P.219 Miri (Jeffery Phang Siaw Foong).
Abang Johari berkata calon-calon yang dikemukakan GPS pada kali ini terdiri daripada kombinasi mereka yang berpengalaman selain menampilkan 14 muka baharu serta lima calon wanita.
“Calon GPS adalah mereka yang berpengalaman, dan kedua, berumur pertengahan dan ketiga, orang muda
“GPS turut menambah dua lagi wanita pada PRU-15),” katanya selepas majlis penyerahan watikah kepada calon-calon GPS di sini, hari ini.
GPS dianggotai Parti PBB, Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Abang Johari berkata Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Naib Presiden Kanan PBB, Dato Sri Fadillah Yusof, masing-masing akan mempertahankan kerusi Kapit dan Petra Jaya.
Naib Ketua Wanita PBB, Dato Sri Nancy Shukri pula akan bertukar kerusi dari Parlimen Batang Sadong ke Parlimen Santubong bagi menggantikan penyandangnya Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Selain itu, turut diumumkan adalah Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum yang dicalonkan semula bertanding di Julau, Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing pula akan mempertahankan kerusinya di Bintulu manakala Datuk Willie Mongin diumum mempertahankan kerusi Puncak Borneo.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 November, penamaan calon 5 November dan pengundian awal pada 15 November.
Berikut adalah senarai penuh calon GPS:
Mas Gading – Lidang Disen
Santubong – Nancy Shukri
Petra Jaya – Fadillah Yusof
Bandar Kuching – Tze Kok
Stampin – Lo Khere Chiang
Kota Samarahan – Rubiah Wang
Puncak Borneo – Willie Mongin
Serian – Richard Riot Jaem
Batang Sadong – Rodiyah Sapiee
Batang Lupar – Mohamad Shafizan Kepli
Sri Aman – Doris Sophia Brodi
Lubok Antu – Roy Angau Gingko
Betong – Richard Rapu@Aman Begri
Saratok – Giendam Jonathan Tait
Tanjong Manis – Yusuf Abdul Wahab
Igan – Ahmad Johnie Zawawi
Sarikei – Huang Tiong Sii
Julau – Joseph Salang Gandum
Kanowit – Ago Dagang
Lanang – Wong Ching Yong
Sibu – Clarence Ting Ing
Mukah – Hanifah Taib
Selangau – Edwin Banta
Kapit – Alexander Nanta Linggi
Hulu Rajang – Wilson Ugak Kumbong
Bintulu – Tiong King Sing
Sibuti – Lukanisman Awang Sauni
Miri – Jeffery Phang Siaw Foong
Baram – Anyi Ngau
Limbang Hasbi Habibollah
Lawas – Henry Sum Agong