KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan ‘anugerah’ untuk Sarawak bagi mengecapi lebih banyak pembangunan melalui hasil bumi di negeri ini, kata pakar politik Datuk Peter Minos (gambar).
Walaupun kebanyakan kekayaan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) datang daripada sumber minyak dan gas (O&G) dari Sarawak dan Sabah, tetapi tidak banyak yang dikembalikan kepada kedua-dua negeri ini.
Menurut berkata, keadaan tersebut sangat menyedihkan bagi Sarawak, tetapi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak takut untuk menyuarakan hak walaupun ia sebelum ini dikawal oleh peraturan dan tampuk kepemimpinan Barisan Nasional (BN).
Tetapi kini, Sarawak berjaya memperoleh pendapatan tambahan daripada PETRONAS apabila memperkenalkan Cukai Jualan Negeri (SST) melalui hasil bahan mentah dari negeri ini.
“Sebelum GPS, Sarawak dan seluruh rakyat menderita dalam diam. Whip tidak dapat bercakap mengenai banyak perkara penting, mengenai kuasa dan hak di bawah MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) yang dirampas oleh Malaya sejak 1963.
Tambah beliau, hanya dengan GPS sahaja Sarawak boleh berharap untuk mengubah sikap dan cara orang Malaya ke arah yang lebih baik.
“Sebelum GPS, kami tidak boleh berbuat demikian
“Kami hanya ‘ikut saja’ (mengikut membuta tuli). Terlalu lama sejak 1963, Sarawak ‘ikut saja’, membolehkan PETRONAS menjadi kaya dan berkuasa sekali gus menyumbangkan berbilion-bilion tahunan kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya untuk pembangunan di Tanah Melayu dan Sarawak hanya diberi peratusan ‘sangat tidak penting’ sebagai balasan.
Jelasnya, rakyat Sarawak mahu mempunyai lebih banyak dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan dan menghapuskan kemiskinan luar bandar dan kemunduran ekonomi, tetapi Kerajaan Persekutuan ‘tidak begitu mendengar’ dan tidak peduli.
“… dan jika sebelum GPS, Sarawak selamanya akan ketinggalan dan tidak akan mengejar Malaya dalam semua bidang dan aspek.
“GPS adalah anugerah. Ia adalah suara Sarawak. Ia adalah penjaga dan pelindung Sarawak, selain sebagai cabang pembangunan. Ya, GPS adalah segala-galanya untuk Sarawak,” ujarnya.