Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • GM Klang pembekal produk bayi terbesar Asia Tenggara
  • BISNES

GM Klang pembekal produk bayi terbesar Asia Tenggara

Utusan Sarawak 5 years ago
70 peratus produk mainan dan barangan bayi yang ditawarkan oleh GMIEdiimport dari China manakala selebihnya adalah buatan tempatan, Indonesia, Filipina dan Vietnam. • Foto BERNAMA

KLANG: Pusat Pemborong GM Klang yang popular sebagai ‘syurga” beli-belah, kini muncul sebagai pmbekal produk mainan dan barangan bayi terbesar dan pertama di Asia Tenggara iaitu GM International Exhibition (M) Sdn Bhd (GMIE).

GMIE yang terletak di aras 5 Blok B di pusat pemborong itu menawarkan 10,000 sampel produk mainan dan barangan bayi untuk dipilih sendiri oleh peniaga dan usahawan tempatan sebelum membuat pembelian bagi perniagaan mereka.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi GM Klang, Norsuhaida Othman berkata mana-mana peniaga atau usahawan yang masih tercari-cari pembekal secara borong produk mainan dan barangan bayi dengan harga jauh lebih murah, GMIE adalah pilihannya.

Ini kerana katanya, GMIE bertindak sebagai platform pengantara yang amat diyakini secara terus antara pengilang dan usahawan malah semua urusan pembelian termasuk penghantaran ke pintu kedai peniaga diuruskan oleh syarikat berkenaan.

“Kira-kira 70 peratus produk mainan dan barangan bayi yang ditawarkan oleh GMIE diimport dari China manakala selebihnya adalah buatan tempatan, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

“Menerusi barangan yang dipamerkan di GMIE ini, peniaga dan usahawan boleh melihat sendiri produk berkenaan dan memperoleh maklumat terperinci mengenainya selain boleh mengujinya sehingga mereka puas hati sebelum membuat pembelian,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata antara barangan yang ditawarkan oleh GMIE adalah pelbagai permainan elektronik, figura, anak patung, permainan luar dan kereta sorong bayi dengan kualiti kesemua produk tersebut sentiasa menjadi keutamaan kepada syarikat berkenaan.

Tambahnya, menerusi khidmat yang ditawarkan GMIE, peniaga dan usahawan tidak lagi perlu menempah barangan berkenaan secara sendiri dari luar negara dan ini dapat menjimatkan masa, wang serta tenaga mereka.

Bukan itu sahaja, Norsuhaida berkata, GMIE turut menawarkan servis tambahan seperti proses pengeluar peralatan tulen (OEM), tempahan khas permainan dan khidmat import-eksport mengikut permintaan pelanggan.

“Bagi peniaga dan usahawan yang baru berjinak dalam dunia perniagaan, GMIE turut menyediakan khidmat membantu golongan ini untuk membuat tempahan. Usahawan juga akan diberi penerangan mengenai jumlah pesanan paling minimum yang boleh dilakukan mengikut jenis barangan.

“Apa yang penting, mana-mana perniagaan yang mahu memborong barangan daripada GMIE, mereka harus berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya menambah mereka juga boleh melayari laman web gmie.com.my untuk melihat katalog barangan. GMIE dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam- Bernama

Continue Reading

Previous: MATTA gesa lanjutkan tempoh moratorium
Next: Permintaan tinggi di China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.