Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gigil, alamak antara perkataan baharu yang ditambah dalam Kamus Oxford
  • GLOBAL

Gigil, alamak antara perkataan baharu yang ditambah dalam Kamus Oxford

Utusan Sarawak 2 months ago

Kamus Inggeris Oxford, gambar fail. Foto Wikipedia

LONDON: Perkataan ‘Gigil’ dari Filipina telah ditambah dalam Kamus Inggeris Oxford (OED), yang merujuk kepada perasaan yang sangat mendalam apabila melihat sesuatu yang comel atau menggemaskan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gigil adalah antara banyak perkataan baharu yang ditambah kepada OED, kamus itu mengumumkan pada Khamis dalam kemas kini Mac 2025.

Perkataan baharu itu berasal daripada bahasa Tagalog-antara bahasa utama yang dituturkan di Filipina – tetapi kini ia juga digunakan dalam bahasa Inggeris Filipina.

Tambahan lain ialah ‘alamak’, perkataan baharu dari Malaysia dan Singapura. Asal usul perkataan itu tidak pasti tetapi ia mungkin berasal dari bahasa Arab atau Portugis.

Alamak digunakan untuk menyatakan kejutan, kekeliruan, kebingungan, atau kemarahan.

Kamus itu juga menambah perkataan baharu dari Afrika Selatan, ‘yoh’, yang dikesan sejak 1855.

Kamus itu menyatakan bahawa yoh mewakili seruan atau jeritan yang digunakan untuk meluahkan pelbagai emosi atau reaksi (seperti kejutan, kekaguman, ketidakpercayaan, atau kesedihan). – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: 6 terbunuh, 9 cedera kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah Mesir
Next: Aidilfitri: Balik kampung guna kapal perang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.