India lancar kereta api berkuasa hidrogen pertama

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi pada Jumaat melancarkan perkhidmatan kereta api berkuasa hidrogen pertama negara itu, lapor Xinhua.

Kereta api itu akan beroperasi di laluan Jind-Sonipat sepanjang 89 kilometer (km) di negeri Haryana, utara India.

Ini merupakan kali pertama teknologi sel bahan api hidrogen yang dibangunkan di India digunakan dalam operasi kereta api negara itu.

ANGGOTA keselamatan dan petugas media merakam gambar kereta api berkuasa hidrogen milik Indian Railways di sebuah depoh menjelang pelancarannya di Jind, Haryana, pada 16 Julai 2026. India melancarkan kereta api berkuasa hidrogen pertamanya pada 17 Julai, sekali gus menyertai kelompok kecil negara yang sedang menguji teknologi itu sebagai sebahagian daripada usaha menyahkarbonkan pengangkutan rel serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil. – Foto AFP

Dengan perkembangan itu, India kini menjadi antara beberapa negara di dunia, termasuk China, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang mengendalikan kereta api berkuasa hidrogen.

Menurut pegawai, komponen utama sistem itu ialah Sel Bahan Api Membran Pertukaran Proton (PEMFC) berkapasiti 1,200 kilowatt yang menjana tenaga elektrik menerusi tindak balas kimia antara hidrogen dan oksigen.

Kereta api berkuasa hidrogen dengan 10 gerabak itu diluluskan untuk beroperasi pada kelajuan maksimum 75 kilometer sejam (km/j), manakala kelajuan reka bentuknya ialah 110 km/j.

Kereta api itu mampu membawa kira-kira 2,600 penumpang. – Bernama