Slavko Vincic dari Slovenia pengadil final Piala Dunia

Facebook
WhatsApp
PENGADIL Slovenia, Slavko Vincic, akan mengadili perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Argentina di East Rutherford, New Jersey, awal pagi Isnin ini (waktu Malaysia).

LONDON: Slavko Vincic akan mengadili perlawanan akhir Piala Dunia pada awal pagi Isnin ini (waktu Malaysia) antara Sepanyol dan Argentina, lapor PA Media/dpa.

FIFA mengumumkan pengadil Slovenia itu akan bertanggungjawab ke atas permainan akhir kejohanan itu, dengan Tomaz Klancnik dan Andraz Kovacic berkhidmat sebagai pembantunya.

Adham Makhadmeh dari Jordan juga telah dilantik sebagai pegawai keempat untuk aksi itu.

Final dijadualkan berlangsung di East Rutherford, New Jersey, pada Ahad, dengan Argentina menempah tempat selepas menewaskan England, manakala Sepanyol menundukkan Perancis dalam pertembungan separuh akhir mereka.- Bernama-PA Media/dpa

12 penerima terima bantuan peralatan RM60,000

KOTA SAMARAHAN: Seramai 12 penerima di Bahagian Samarahan menerima bantuan peralatan bernilai keseluruhan RM60,000 menerusi Program Sejahtera MADANI: Peningkatan Pendapatan