Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Gibraltar BSN lanjut Program Bantuan Pelanggan
  • BISNES

Gibraltar BSN lanjut Program Bantuan Pelanggan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Gibraltar BSN Life Bhd (Gibraltar BSN) memutuskan untuk melanjutkan Program Bantuan Pelanggan sehingga 31 Disember 2020 sejajar dengan usaha kerajaan untuk menghentikan penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangam Bir berkata, program yang dilancarkan pada Mac 2020 itu, antaranya merangkumi pilihan menangguh bayaran premium selama tiga bulan untuk pelanggan yang layak serta  peluasan liputan perlindungan Covid-19 untuk beberapa produk pelan insurans.

“Penularan pandemik Covid-10 di seluruh dunia baru-baru ini telah membuka mata akan pentingnya kita bersiap sedia melindungi keluarga daripada beban kewangan sekiranya berlaku apa-apa kejadian di luar jangkaan.

“Sebagai Juara Perlindungan Komuniti Malaysia (Community Protection Champion), kami amat prihatin kerana hanya tiga daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat. Kami ingin berpesan bahawa keperluan perlindungan diri kita dan keluarga adalah penting, terutamanya pada masa sebegini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada itu, Rangam berkata Gibraltar BSN turut melancarkan siri Webinar Kesihatan bulanan percuma bagi membantu pelanggannya melalui detik sukar ini kerana kesejahteraan fizikal dan mental adalah keutamaan kepada semua di Gibraltar BSN. – Bernama

Continue Reading

Previous: Beri manfaat kepada pendapatan pelancongan kesihatan
Next: KPJ dijangka catat pemulihan secara berperingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.