MARUDI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Dato Gerawat Gala menyambut baik keputusan TR Lugan Entassan B, Michael Biggol untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi masa depan penduduk di rumah panjang tersebut.
Katanya, ini adalah keputusan yang tepat dan bijak dan berterus terang untuk membawa bersama penduduk di rumah panjang berkenaan untuk bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Rumah panjang tersebut mempunyai 20 pintu termasuk dua rumah e-kasih dengan jumlah penduduk seramai 150 orang.
“Sudah terbukti GPS adalah parti yang berjuang untuk rakyat dan saya kagum dengan pengakuanTR Michael dan meninggalkan parti lamanya,” kata Gerawat ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Kiam dan Rh Michael Biggol Lugan Entassan A dan B semalam.
Sehubungan itu, beliau amat berpuas hati dengan komitmen dan kerjasama persatuan tuai-tuai rumah dan ahli-ahli Unit SIDS kawasan Poyut/Lubok Nibong yang amat memuaskan.
Tegasnya komitmen dan kerjasama baik membuktikan mereka bersatu hati yang membolehkan kerajaan melaksanakan beberapa projek pembanguanan di kawasan ini.
Menyentuh projek bekalan air bersih yang sedang dalam proses pelaksanaan, Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, berharap projek yang sudah lama ditunggu ini dapat diguna pakai awal tahun depan.
Dalam pada itu ujarnya perhubungan baik tuai-tuai rumah dan sokongan kepada ketua masyarakat, Pemanca Randie Bundan dan Penghulu Hillary Tawan membawa banyak pembangunan projek rakyat di kawasan mereka.
“Saya juga amat kagum dengan TR Kiam dan TR Michael atas kerjasama yang baik antara kedua kedua rumah panjang berkenaan dalam mengurus rumah panjang masing-masing di mana setiap masalah timbul dikongsi bersama,” katanya.
Tambah Gerawat harapan beliau apabila menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang, rakyat di Poyut/Lubok Nibongterus memberi kerjasama dengan bagi memastikan kemenangan GPS.
Menyentuh permintaan dan keperluan TR Kiam dari Lugan Entasaan A dan TR Michael dari Lugan Entassan B, Gerawat berjanji dan akan berusaha membantu mereka.
Katanya, semua permintaan ini dalam perhatian beliau dan Gerawat turut mengumumkan peruntukan MRP 2021 kepada 18 buah pintu, Rh Michael yang masing-masing menerima RM3,000 yang semuanya berjumlah RM54,000.
“Saya ingin berpesan kepada rakyat di Poyut/Lubok Nibong teruskan memberi sokongan kepada kerajaan dan GPS,” tambah Gerawat.
Oleh JIKU JUGUONG