Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Geran khas RM57,100 kepada 17 penerima
  • Tengah
  • WILAYAH

Geran khas RM57,100 kepada 17 penerima

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTANGOR: Sebanyak 17 persatuan, kelab, gereja, sekolah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan badan bukan kerajaan (NGO) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong menerima geran khas berjumlah keseluruhan RM57,100. 

Geran khas tersebut diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing di Pusat Khidmat DUN Meradong, semalam. 

Katanya, geran khas adalah untuk menjalankan aktiviti termasuk program meningkatkan penglibatan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Saya berharap dengan adanya peruntukan ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penerima melaksanakan aktiviti dan program organisasi masing-masing. 

“Gunakan ia sebaiknya untuk menjalankan aktiviti berfaedah,” katanya ketika berucap di penyerahan geran khas tersebut. 

Tambahnya, kerajaan Sarawak sentiasa mengutamakan keperluan rakyat. 

“Pengagihan geran khas ini adalah salah satu bukti keprihatinan kerajaan Sarawak terhadap keperluan rakyat terutamanya dalam sesebuah organisasi yang memerlukan dana bagi penganjuran aktiviti tahunan dan keperluan lain.

“Para penerima harus bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang begitu prihatin dan sentiasa berusaha membantu organisasi dengan pelbagai pendekatan dan program sewajarnya. 

“Justeru, saya juga berharap setiap organisasi tersebut dapat terus bekerjasama dan merealisasikan matlamat masing-masing berdasarkan visi dan misi penubuhan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Fraklye Ozzia Ratu Pelancongan Benak 2024
Next: IPD Matu laksana kempen cegah jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.