Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gerai buah-buahan musnah terbakar
  • TEMPATAN

Gerai buah-buahan musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
TERBAKAR… Keadaan gerai menjual buah-buahan yang terbakar.

BINTULU: Tindakan pantas orang awam berjaya memadamkan kebakaran melibatkan sebuah gerai menjual buah-buahan daripada terus merebak ke kawasan lain di Pasar Tamu Bintulu sekitar 1.25 pagi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson berkata, beberapa anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan awal pagi itu.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah gerai menjual buah-buahan yang terbiar,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, gerai terbabit berukuran 10X10 kaki persegi musnah 100 peratus.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam dan tiada operasi pemadaman dilakukan oleh pihak bomba dan pihak bomba hanya melakukan pemantauan dan pemeriksaan,” katanya.

Dalam pada itu, tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dan pun kebakaran masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Pantai Peliau masih sunyi
Next: Dua wanita rugi RM522,600

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.