Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Generasi muda, veteran meriahkan kejohanan tenis antara bahagian Sarawak
  • SUKAN

Generasi muda, veteran meriahkan kejohanan tenis antara bahagian Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATO Patrick Liew Chin ditemui media semasa Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak 2026 (Acara Berpasukan) di Kuching. Foto Adele Rissa

KUCHING: Penglibatan generasi muda bersama pemain veteran dalam Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak 2026 (Acara Berpasukan) menjadi petanda positif terhadap kesinambungan dan perkembangan sukan tenis di Sarawak.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Dato Patrick Liew Chin berkata, beliau gembira melihat penyertaan memberangsangkan daripada pelbagai peringkat umur termasuk bekas pemain lama yang masih aktif selain membawa anak-anak mereka menyertai kejohanan tersebut.

“Situasi itu menunjukkan minat terhadap sukan tenis masih kuat dan terus relevan dalam kalangan masyarakat.

PASUKAN Persatuan Tenis Lawn Bahagian Kuching (KLDTA) meraikan kemenangan selepas muncul juara Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak 2026. Foto Adele Rissa.

“Saya sangat gembira melihat ramai generasi muda mengambil bahagian. Bekas pemain lama juga masih aktif dan ada yang membawa anak-anak mereka datang bermain tenis bersama. Ini petanda yang baik kerana mereka masih berminat dengan sukan tenis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak dan Kejohanan Tenis Tertutup Sarawak 2026 serta Makan Malam Barbeku sempena Sambutan Hari Gawai Dayak anjuran Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), sini hari ini. 

Tambah beliau, kejohanan tahunan itu menghimpunkan semua ahli gabungan SLTA dari seluruh Sarawak termasuk Sibu, Miri, Bintulu, Kapit, Mukah, Sarikei dan Sri Aman.

Pada kejohanan itu, Persatuan Tenis Raket Lawn Bahagian Kuching (KLDTA) muncul juara selepas menewaskan Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak A (PTBS A) dengan keputusan 3-2, manakala Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak B (PTBS B) pula menamatkan saingan di tempat ketiga.

Patrick berkata, meskipun sukan pickleball semakin popular ketika ini, tenis masih mempunyai kelompok peminat dan pemain yang setia.

“Kita perlu terus mempromosikan sukan ini supaya tenis kekal relevan pada masa depan.

“Sebagai presiden persatuan, menjadi tanggungjawab saya bersama jawatankuasa untuk memastikan aktiviti diteruskan termasuk menggalakkan penyertaan ahli dan pemain junior,” ujarnya. 

Patrick berkata, pertandingan itu terbuka kepada semua peringkat umur tanpa kategori khas selagi peserta dipilih mewakili bahagian masing-masing.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep bagi menyaksikan acara penyampaian hadiah kejohanan tenis tersebut. 

Oleh Adele Rissa 

Continue Reading

Previous: Malaysia Masters 2026: Pasangan Denmark sekat impian Sze Fei-Nur Izzudin raih gelaran pertama
Next: Carrick anggap penamat tempat ketiga United ‘asas untuk dibina’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.