Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Generasi muda tonggak utama kelangsungan budaya dan warisan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Generasi muda tonggak utama kelangsungan budaya dan warisan masyarakat

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK ALBUM.…Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama yang lain di majlis makan malam Mantar Gawai Dayak 2026.

SARIKEI: Generasi muda disifatkan sebagai tonggak utama dalam memastikan kelangsungan budaya dan warisan masyarakat terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, generasi muda bukan sahaja perlu berbangga dengan identiti dan warisan nenek moyang, malah perlu memainkan peranan aktif sebagai pemangkin kebudayaan.

“Sama ada melalui seni persembahan, penguasaan bahasa ibunda, mahupun penyertaan aktif dalam organisasi komuniti, setiap sumbangan mereka amat bermakna.

UPACARA MIRING...Dato’ Sri Huang Tiong Sii melakukan upacara miring bersama tuai-tuai rumah. 

“Budaya tidak akan kekal hidup hanya dengan dikenang, tetapi perlu sentiasa diamalkan, diperkasa dan disemai dalam jiwa generasi muda agar terus segar dan relevan sepanjang zaman,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Mantar Gawai Dayak 2026 anjuran Persatuan Tuai Rumah Bahagian Sarikei di Dewan Sentral Sarikei, baru-baru ini.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, sambutan Hari Gawai bukan sekadar perayaan memperingati hasil tuaian, malah menjadi platform penting memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan dalam masyarakat pelbagai kaum.

“Ia adalah sebuah sambutan perayaan yang bukan sahaja memperingati hasil tuaian, tetapi juga menjadi ruang untuk kita menghargai warisan, menyemai semangat kebersamaan, serta memupuk nilai saling hormat-menghormati antara kaum dan generasi.

RASMI….Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii memukul gong sebagai simbolik perasmian majlis makan malam sempena Hari Gawai.

“Dalam era globalisasi yang pantas dan mencabar ini, amat penting untuk kita terus memelihara adat dan budaya agar tidak dilupakan oleh generasi muda,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan berwawasan dalam membawa pembangunan inklusif kepada Sarawak.

Tambahnya, kejayaan projek jambatan yang menghubungkan Sarikei dan Tanjung Manis menjadi antara bukti komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan luar bandar.

“Jambatan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan rakyat, malah membuka lebih banyak peluang ekonomi dan mempercepatkan pembangunan luar bandar secara menyeluruh.

“Di bawah kepimpinan beliau, banyak inisiatif telah diperkenalkan demi memastikan pembangunan luar bandar terus berkembang, budaya tempatan terus dipelihara dan perpaduan rakyat terus diperkukuh.

“Tidak dapat dinafikan, usaha-usaha pemerkasaan komuniti dan pelestarian warisan kebudayaan seperti sambutan Hari Gawai terus mendapat perhatian dan sokongan yang kukuh di peringkat kerajaan negeri,” katanya lagi.

Di majlis sama, beliau turut menyerahkan projek pintu kepada tuai-tuai rumah bagi kawasan Parlimen Sarikei.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Projek Jalan Utama Kedua Betong capai 77 peratus, dijangka siap hujung tahun ini
Next: Projek RTP gelanggang bola keranjang SJKC Tung Kwong giat dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.