Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Myanmar dilanda gempa susulan lagi
  • GLOBAL

Myanmar dilanda gempa susulan lagi

Utusan Sarawak 1 month ago
ANGGOTA penyelamat semasa melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan di Mandalay, Myanmar hari ini. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda sekitar 17 batu utara Mandalay, Myanmar pada petang ini selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan rantau itu dua hari sebelumnya.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku berhampiran bandar kedua terbesar Myanmar itu berlaku ketika siri gegaran susulan yang melanda Myanmar sejak gempa utama pada Jumaat lalu.

USGS turut menjelaskan bahawa pusat gempa bumi terbaharu itu adalah cetek, meningkatkan kemungkinan gegaran kuat dirasai di darat.

Menurut USGS, satu lagi gegaran susulan berukuran 4.2 pada skala Richter turut melanda berhampiran Shwebo, kira-kira 68 batu barat laut Mandalay pada pagi tadi.

Gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan direkodkan 17 kilometer di timur Shwebo di Wilayah Sagaing.

Menurut laporan media antarabangsa, setakat ini tiada laporan segera mengenai korban jiwa atau kerosakan besar akibat kejadian itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Jepun keluar amaran gunung berapi mungkin meletus
Next: Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac- Mufti Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.