KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 dikesan berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada 2.02 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa bumi itu berpusat di koordinat 0.8 darjah selatan dan 98.3 darjah timur dengan kedalaman 44 kilometer (km) pada jarak 102 km barat laut dari Siberut, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama




