BEIJING: Beberapa gempa bumi melanda Filipina, Tonga dan Vanuatu, lapor Xinhua.
Di Mindanao, Filipina, gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan kawasan itu pada 11.06 malam GMT semalam, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Pusat gempa pada kedalaman 10 kilometer (km) itu pada awalnya dikenal pasti berada pada koordinat 7.70 darjah utara dan 126.74 darjah timur.
Di Tonga, gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda bahagian selatan negara itu pada 11.12 malam GMT semalam, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa pada kedalaman 10 km itu dikenal pasti berada pada koordinat 24.78 darjah selatan dan 175.26 darjah barat.
Sementara itu, di Vanuatu, gempa bumi berukuran 5.0 magnitud menggegarkan negara kepulauan itu pada 8.10 malam GMT semalam, menurut GFZ.
Pusat gempa pada kedalaman 10 km itu pada awalnya dikenal pasti berada pada koordinat 14.52 darjah selatan dan 168.07 darjah timur. – Bernama





