Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegar luar pantai Pulau Hachijo Jepun, gegaran dirasai di Tokyo

Facebook
WhatsApp

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 5.5 melanda luar pantai Pulau Hachijo, sekitar 280 kilometer (km) di selatan Tokyo hari ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.

Gegaran turut dirasai di ibu negara Jepun.

Gempa bumi itu berlaku pada sekitar 9.02 malam waktu tempatan pada kedalaman sekitar 60 km, mencatatkan skala 3 daripada 7 skala intensiti seismik Jepun di Pulau Miyake dan Pulau Mikura, menurut agensi cuaca berkenaan.

Pusat gempa terletak pada latitud 33.7 darjah utara dan longitud 140.5 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia