Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Myanmar
  • GLOBAL

Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Myanmar

Utusan Sarawak 2 months ago
GEMPA bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada Ahad, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.

ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada Ahad, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).

Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar menyatakan kekuatan sebenar gegaran pada 5.5 skala Richter, lapor Anadolu Ajansi (AA).

EMSC melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 14.5 kilometer timur laut bandar Wundwin, dalam wilayah Mandalay, dengan kedalaman 35 kilometer (21.7 batu).

Negara Asia Tenggara itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah tengah, kawasan yang dihuni oleh 17 juta penduduk pada 28 Mac lalu.

Kira-kira 3,649 orang terkorban, 5,018 cedera dan 145 lagi masih hilang akibat bencana itu.

Sejak 28 Mac, sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bumbung kelab malam runtuh: 225 disahkan maut, mayat diserah kepada keluarga
Next: Indonesia pertimbang tingkat import dari AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.