Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gelanggang Sepak Takraw Taman Sepakat Jaya siap sepenuhnya
  • SUKAN

Gelanggang Sepak Takraw Taman Sepakat Jaya siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 5 years ago
GELANGGANG Sepak Takraw Taman Sepakat Jaya bakal melahirkan atlet tersohor di Sarawak satu hari nanti.

KUCHING: Golongan belia di Taman Sepakat Jaya kini boleh tersenyum gembira apabila Gelanggang Sepak Takraw Taman Sepakat Jaya siap sepenuhnya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni, gelanggang sepak takraw ini kini boleh digunakan para belia untuk beriadah dan mengasah bakat.

“Gelanggang Sepak Takraw Taman Sepakat Jaya ini merupakan salah satu Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah ADUN Demak Laut dengan kos sebanyak RM100,000.

“Dengan siapnya gelanggang sepak takraw, belia di Taman Sepakat Jaya boleh lebih aktif dalam sukan dan cara kehidupan sihat dan menjauhi dari gejala negatif,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Taman Sepakat Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr. Hazland mahu lebih ramai lagi belia DUN Demak Laut mengikuti jejak langkah salah seorang belia Kampung Hijrah Bako yang telah terpilih mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dalam acara sepak takraw yang akan diadakan di Johor pada tahun depan.

“DUN Demak Laut berasa berbangga atas pemilihan salah seorang belia dari Kampung Hijrah Bako yang terpilih mewakili Sarawak dalam sukan sepak takraw di SUKMA. “Dengan adanya kemudahan sukan seperti sepak takraw dan futsal akan dapat melahirkan lebih ramai belia yang mewakili Sarawak dan negara pada masa akan datang,” ujarnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Dua gol Gomez hukum Lazio
Next: Liek Hou berlatih bersama pemain kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.