Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GELANDANGAN TIDAK DIABAIKAN
  • TEMPATAN

GELANDANGAN TIDAK DIABAIKAN

Utusan Sarawak 4 years ago
TIDAK DIABAIKAN… Dato Sri Fatimah Abdullah berinteraksi dengan golongan gelandangan yang diberi vaksin semasa Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan di Kuching, semalam.

KUCHING: Nasib golongan gelandangan di Kuching tidak diabaikan apabila seramai 14 orang lagi gelandangan berjaya divaksin dengan vaksin jenis Sinovac, semalam.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, seramai 17 orang gelandangan telah divaksin di Bahagian Kuching sehingga 20 Ogos lalu.

“Usaha vaksinasi komuniti gelandangan di Kuching bermula pada 5 Ogos lalu untuk lima gelandangan yang dibawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Tertutup.

“Modus operandi pada malam ini (Ahad) adalah operasi secara mudah alih (mobile) yang mana pasukan bersepadu program ini akan melakukan vaksinasi di lokasi gelandangan yang dikenal pasti berada,” jelasnya pada sidang media Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan, khusus untuk Bahagian Kuching di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, seramai 66 peratus (67 orang) gelandangan telah divaksin dengan mendapat sekurang-kurangnya dos yang pertama iaitu di Miri (16), Kuching (17), Samarahan (1), Sarikei (7), Serian (3), Betong (1) dan Kapit (7) sehingga 20 Ogos lalu.

“Seramai tiga peratus (3 orang) gelandangan telah lengkap menerima dua dos vaksin iaitu dua orang di Miri dan seorang di Betong.

“Selepas ini, giliran Bahagian Bintulu pula akan menjalankan operasi vaksinasi untuk gelandangan di bahagian tersebut,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Peraduan pilih kulit buku dapat sambutan menggalakkan
Next: Tiada ‘Baby Boom’ ketika PKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.