Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gedong, Simunjan maju miliki barisan kepimpinan berpandangan jauh
  • TEMPATAN

Gedong, Simunjan maju miliki barisan kepimpinan berpandangan jauh

Utusan Sarawak 3 years ago

HADIR… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Makan Malam Apresiasi Bersama Pemimpin DUN Gedong di sebuah hotel di Kuching, malam kelmarin.

GEDONG: Pembangunan di Gedong dan Simunjan dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi barisan kepimpinan yang berpandangan jauh.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan projek yang telah diumumkan dan yang dalam perancangan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

“Perancangan telah dibuat dan hanya menunggu waktu untuk dilaksanakan apa yang telah dirancang kerana sememangnya hendak menjadikan Gedong dan kawasan sekitarnya termasuk Simunjan sehingga ke Sebuyau akan menjadi kawasan pembangunan yang lengkap seperti adanya jalan raya, pertanian moden dan juga kemudahan asas yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Makan Malam Apresiasi Bersama Pemimpin DUN N26 Gedong di sebuah hotel di Kuching, malam kelmarin.

Beliau yang juga ADUN Gedong menambah, kawasan Gedong dan Simunjan mempunyai potensi untuk menghasilkan sektor pertanian moden dan akan memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri berkata, majlis aspresiasi itu adalah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan pemimpin dan ahli-ahli.

“Ia sebagai peluang untuk mendengar perkongsian dan pengalaman daripada pemimpin dahulu yang telah membangunkan kawasan Gedong secara progresif,” ujarnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Yayasan Sarawak bantu cari peluang pekerjaan
Next: Tanpa lagi lalui Brunei seawal 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.