Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gas keluar dari lubang gerudi di SK Beladin, kawasan dikawal bomba
  • Tengah
  • WILAYAH

Gas keluar dari lubang gerudi di SK Beladin, kawasan dikawal bomba

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemantauan di lokasi lubang gerudi yang dipercayai mengeluarkan gas di tapak pembinaan dewan serbaguna terbuka berbumbung SK Beladin, Kampung Hilir Beladin, Pusa. Foto JBPM

PUSA: Kerja-kerja penyiasatan tanah bagi projek pembinaan dewan serbaguna terbuka berbumbung di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin dihentikan selepas sebuah lubang gerudi didapati mengeluarkan gas yang belum dikenal pasti.

Kejadian itu dikesan pada Sabtu lalu ketika kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan kerja-kerja penggerudian lubang ujian penyiasatan tanah (SI Borehole) di tapak projek berkenaan di Kampung Hilir Beladin.

Susulan penemuan tersebut, semua kerja penggerudian dihentikan serta-merta sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak JKR.

Pada pagi ini, pegawai JKR hadir ke Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan nasihat mengenai tindakan susulan, sebelum kes dirujuk kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri untuk tindakan lanjut.

Maklumat yang diterima turut memaklumkan bunyi gas yang keluar dari lubang gerudi masih kedengaran pada hari yang sama.

Berikutan itu, Pasukan Keluaran Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan, manakala Pasukan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Tabuan Jaya turut dikerahkan membantu operasi.

Komander operasi melaporkan sehingga 11.48 pagi, lubang gerudi berkenaan masih aktif mengeluarkan gas.

Bagi menjamin keselamatan, anggota bomba memasang sawar keselamatan pada jarak 30 meter dari lokasi kejadian bagi menghalang orang awam menghampiri kawasan berisiko.

Pihak kontraktor turut dinasihatkan supaya menghentikan semua kerja penggerudian sehingga siasatan lanjut selesai dijalankan dan identiti gas berkenaan dikenal pasti.

Operasi pemantauan melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera dari BBP Saratok, dengan bantuan pasukan HAZMAT yang menjalankan penilaian terhadap keadaan di lokasi.

Tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan dalam kejadian tersebut, manakala pemantauan di lokasi diteruskan sehingga keadaan disahkan selamat.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Infrastruktur baharu bakal pacu Spaoh sebagai hab ekonomi dan pelancongan Sarawak
Next: Peranan guru, ibu bapa penting bentuk kecemerlangan pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.