Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • FTZ Bintulu berpotensi perkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab industri ASEAN
  • Utara
  • WILAYAH

FTZ Bintulu berpotensi perkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab industri ASEAN

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Seumur Hidup Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu (BANGUN), John Sini Benang.

BINTULU: Pembangunan Zon Perdagangan Bebas Bintulu (Bintulu Free Trade Zone, FTZ) dilihat mampu memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab perindustrian, logistik dan perdagangan serantau di ASEAN.

Ahli Seumur Hidup Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu (BANGUN), John Sini Benang berkata, pembangunan FTZ turut berpotensi menarik lebih banyak pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan serta merangsang pertumbuhan industri bernilai tinggi di negeri ini.

Beliau berkata, konsep FTZ membolehkan barangan diimport, disimpan, diproses, dikeluarkan dan dieksport semula dengan pengurangan cukai, duti import serta prosedur kastam yang lebih efisien.

Katanya, pembangunan FTZ di Bintulu bertepatan dengan kekuatan sedia ada bandar itu sebagai hab utama minyak dan gas, eksport gas asli cecair (LNG), petrokimia, tenaga boleh diperbaharui serta logistik pelabuhan.

“Bintulu mempunyai kedudukan strategik sebagai pintu gerbang industri Sarawak melalui kemudahan LNG bertaraf dunia milik PETRONAS serta jaringan pelabuhan yang kukuh.

“Dengan pembangunan FTZ, Bintulu berpotensi muncul sebagai pusat pengedaran serantau ASEAN yang mampu menarik lebih banyak syarikat multinasional dan pelaburan langsung asing (FDI),” katanya.

Menurut beliau, antara manfaat utama FTZ ialah keupayaannya mengurangkan kos operasi syarikat menerusi pengecualian duti import, cukai jualan serta kemudahan prosedur kastam yang lebih pantas.

Keadaan itu, katanya, memberi kelebihan kepada sektor petrokimia, pembuatan, kejuruteraan, pemprosesan makanan, tenaga hijau dan bahan binaan untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

Dalam masa sama, FTZ dijangka memperkukuh peranan Pelabuhan Bintulu sebagai hab logistik serantau melalui peningkatan jumlah pengendalian kargo, laluan perkapalan antarabangsa serta integrasi perkhidmatan gudang dan logistik moden.

“Lokasi strategik Bintulu yang menghubungkan Malaysia Timur, Brunei, Kalimantan, ASEAN dan Asia Timur Laut memberi kelebihan besar dalam memperluaskan perdagangan antarabangsa,” katanya.

John berkata, pembangunan FTZ turut dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak dalam bidang kejuruteraan, logistik, operasi loji, keselamatan industri, perkapalan dan sektor perkhidmatan sokongan.

Beliau berkata, pertumbuhan industri juga mampu memberi limpahan ekonomi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menerusi peluang dalam bidang pengangkutan, penyelenggaraan, katering, pembinaan dan perkhidmatan teknikal.

Menurutnya lagi, FTZ penting dalam mempercepat usaha diversifikasi ekonomi Sarawak ke arah sektor bernilai tinggi seperti ekonomi hidrogen, teknologi hijau, pembuatan maju, logistik digital dan industri tenaga boleh diperbaharui.

“Ia selaras dengan visi jangka panjang Sarawak untuk menjadi peneraju ekonomi hijau dan pusat pelaburan tenaga bersih di rantau ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan pembangunan FTZ perlu dilaksanakan secara mampan dengan memberi perhatian kepada perlindungan alam sekitar, penglibatan tenaga kerja tempatan, pematuhan aspek Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti, Alam Sekitar dan Kualiti (HSSEQ) serta perancangan bandar yang seimbang.

“Jika diurus dengan baik, FTZ Bintulu mampu menjadi antara hab perdagangan dan industri paling penting di ASEAN yang memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak dan generasi akan datang,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Nostalgia perjalanan terakhir Feri Batang Lupar 1
Next: Wong komited bantu rakyat di DUN Bawang Assan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.