Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Forum tampilkan pelbagai perwakilan agama
  • TEMPATAN

Forum tampilkan pelbagai perwakilan agama

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Zabariah (tengah) merakam gambar bersama perwakilan pelbagai agama di IIC pagi semalam.• PENERANGAN

KUCHING: Pusat Penerangan Islam Sarawak (SIIC) telah mengadakan forum melibatkan perwakilan pelbagai agama bagi menyampaikan mesej bertemakan “Keamanan dan Keharmonian: Membantu Tanpa Sempadan”, di sini pagi tadi.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian sesi perjumpaan antara perwakilan pelbagai agama sempena sambutan ulang tahun SIIC ke-12 tahun ini.

Antara perwakilan yang turut serta ialah daripada Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak Lim Teck Hui, Persatuan Buddha Kuching Pung Chee Haw, Majlis Spritual Bahai Sarawak Chin Chia Chau, Sangam Hindu Malaysia Prabhu Kripa Sindhu, Persatuan Kuil Sikh Sarawak Gurdial Singh A/L Pretum Singh, Gereja Katolik Kuching Uskup Agung Simon Poh dan Ustaz Muhammad llyas Muhammad Saleh daripada UiTM Kampus Samarahan.

SIIC menerapkan kepercayaan bahawa melalui perjumpaan seumpama ini semua pihak dapat berkomunikasi, lebih memahami serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakan-rakan dan masyarakat berlainan agama.

Selain itu, paparan video secara langsung tetamu khas, Kuan Chee Heng yang terkenal dengan gelaran ‘Uncle Kentang’ di pelbagai media sosial turut ditayangkan semasa program ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SIIC Zabariah Matali.

Continue Reading

Previous: Dua JKKK Kandis terima peruntukan
Next: Mangsa kebakaran terima bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.