Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ford Ranger pilihan ideal untuk kawasan pedalaman Sarawak
  • SEMASA

Ford Ranger pilihan ideal untuk kawasan pedalaman Sarawak

Utusan Sarawak 5 months ago

KEHEBATAN teknologi kenderaan pacuan empat roda dan semangat eksplorasi menjadi fokus utama dalam Program ‘Experience Live The Ranger Life’ anjuran Sime Darby Auto Connexion (SDAC)- Ford, mengundang media dari Sabah dan Sarawak untuk menguji keupayaan rangkaian kenderaan Ford Ranger.

Program selama tiga hari dua malam ini memberikan pengala­man eksklusif kepada peserta untuk menguji kemampuan kenderaan di laluan lasak sam­bil menikmati keindahan alam semula jadi.

Hari pertama dimulakan dengan ketibaan peserta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum mereka dibawa ke penginapan eksklusif di The Saujana Hotel.

Makan malam di Restoran Mewah Senja menjadi sesi perkenalan, membuka ruang bagi peserta membina jaringan dan berbincang tentang perjalanan yang menanti mereka.

Pada hari kedua, peserta menghadiri taklimat di Ibu Pejabat Ford di Ara Damansara sebelum memulakan perjalanan konvoi ke destinasi pertama, Sungai Bernam.

Laluan yang mencabar seperti jalan berlumpur, bukit curam dan sungai berjaya ditempuhi dengan lancar oleh pelbagai varian Ford Ranger.

Antara model yang diuji ter­masuk Ford Ranger Raptor 3.0, Raptor 2.0, Wildtrak, XLT+SE, dan XLT, selain model pacuan dua roda Everest Sport. Setiap kenderaan menampilkan keupayaan luar biasa di laluan lasak, di samping memberikan keselesaan ketika di lebuh raya.

Menurut peserta dari Sarawak, Allan Jay meluahkan kekagu­mannya terhadap prestasi kenderaan tersebut.

“Saya teruja melihat bagaima­na Ford Ranger mampu mengatasi laluan yang mencabar. Reka bentuk dalaman yang mewah dan prestasi luar biasa menjadikan ia pilihan ideal untuk kawasan pedalaman Sarawak,” katanya.

Destinasi seterusnya mem­bawa peserta ke The Banjaran, Ipoh, yang mana mereka menik­mati makan malam eksklusif di Jeff’s Cellar, sebuah restoran unik dalam gua batu kapur. Suasana ini melambangkan harmoni antara teknologi dan alam, sesuai dengan tema program tersebut.

Pada hari terakhir, peserta kembali ke Kuala Lumpur untuk sesi makan tengah hari penu­tupan di De Wan 1958, KLCC.

Perbincangan santai antara peserta dan penganjur memberi ruang untuk mereka berkongsi pandangan mengenai pengala­man memandu dan impak pro­gram ini terhadap pemahaman mereka tentang inovasi kenderaan Ford.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhair, menyatakan hasrat syarikat untuk memperluaskan perkhidmatan mereka ke bandar kecil di Sarawak.

Langkah ini bertujuan mening­katkan akses pengguna ter-hadap jenama Ford dan mem­perkukuh pasaran di negeri tersebut.

“Model Ford Ranger Raptor menjadi pilihan utama pelanggan kerana dilengkapi teknologi terkini yang memenuhi keperluan di kawasan geografi mencabar seperti Sabah dan Sarawak. Setakat ini, jualan di kedua-dua negeri sangat memberangsang­kan dengan lebih 1,000 unit terjual,” katanya.

Menurut Turse, Sabah dan Sarawak adalah pasaran utama bagi Ford, terutama dengan permintaan tinggi terhadap Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang mempunyai kapasiti tujuh tempat duduk.

Program ‘Experience Live The Ranger Life’ ini bukan sekadar mempromosikan keupayaan ken­deraan Ford, tetapi juga memberi peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana teknologi boleh digabungkan dengan hubungan manusia dan alam semula jadi, menjadikan pengala­man memandu lebih bermakna dan menginspirasikan.

Oleh Shahrul Qaizat


Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Program Miss SHOPhia Shopping Hunt 6.0 semarakan aktiviti MYES
Next: Tun Wan Junaidi, isteri berkenan hadiri sambutan ulang tahun ke-100 Perjanjian Damai di Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.