Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA, UEFA singkirkan Rusia
  • SUKAN

FIFA, UEFA singkirkan Rusia

Utusan Sarawak 3 years ago

FILE - Russian President Vladimir Putin touches the World Cup trophy as FIFA President Gianni Infantino stands beside him, at the end of the final match between France and Croatia at the 2018 soccer World Cup in the Luzhniki Stadium in Moscow, Russia, Sunday, July 15, 2018. In a sweeping move to isolate and condemn Russia after invading Ukraine, the International Olympic Committee urged sports bodies on Monday to exclude the country's athletes and officials from international events. The decision opened the way for FIFA, the governing body of soccer, to exclude Russia from a World Cup qualifying playoff match on March 24. Poland has refused to play the scheduled game against Russia.(AP Photo/Petr David Josek, File)

TEGAS … Gambar sebelum ini, Presiden FIFA Gianni Infantino dan Presiden Rusia Vladimir Putin bergambar selepas persidangan FIFA.

FIFA dan UEFA semalam memutuskan untuk menyingkirkan Rusia daripada Piala Dunia dan turut digantung daripada semua pertandingan antarabangsa sehingga diberitahu kelak.

Badan induk bola sepak Eropah turut mengumumkan pembatalan kerjasama dengan syarikat gergasi Rusia, Gazprom.

Pasukan kebangsaan Rusia sepatutnya beraksi perlawanan play-off Piala Dunia Mac ini dengan pasukan wanita mereka sudahpun melayakkan diri beraksi di Kejohanan Eropah di England pada Julai.

“Fifa dan UEFA memutuskan bersama-sama bahawa semua pasukan Rusia sama ada wakil kebangsaan atau kelab akan digantung daripada penyertaan dalam kedua-dua pertandingan Fifa dan UEFA sehingga diberi tahu kelak,” kata kenyataan bersama itu.

Poland, Sweden dan Republik Czech sebelum ini menolak untuk beraksi menentang Rusia dalam perlawanan play-off.

Fifa sebelum ini membenarkan Rusia beraksi di bawah nama Kesatuan Bola Sepak Rusia dan bermain perlawanan di tempat sendiri di wilayah neutral secara tertutup dan bendera dan lagu kebangsaan Rusia diharamkan.

Tetapi langkah itu ditolak sebagai ‘tidak boleh diterima sama sekali’ oleh presiden FA Poland, Cezary Kulesza, yang menambah bahawa Poland tidak akan bermain play-off Piala Dunia menentang Rusia, ‘tidak kira apa nama pasukan itu.’

“Presiden Gianni Infantino dan Aleksander Ceferin berharap keadaan di Ukraine akan bertambah baik agar bola sepak sekali lagi boleh menjadi elemen perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat.” – AFP

Continue Reading

Previous: Kursus sukan go-kart beri semangat baharu
Next: Pasangan Brendan, Rezza muncul juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.