Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA akan longgarkan peraturan penggantungan kad kuning di Piala Dunia
  • SUKAN

FIFA akan longgarkan peraturan penggantungan kad kuning di Piala Dunia

Utusan Sarawak 2 hours ago
FIFA akan longgarkan peraturan penggantungan kad kuning di Piala Dunia. Gambar hiasan.

BERLIN: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka meminda peraturan penggantungan kad kuning bagi Piala Dunia kali ini dengan memperkenalkan peringkat pengampunan kedua, menurut sumber dpa.

BBC melaporkan,  badan induk itu merancang untuk memansuhkan pengumpulan kad kuning selepas peringkat kumpulan selain selepas suku akhir.

Perkara itu dikatakan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis FIFA di Vancouver pada Selasa.

Secara umum, pemain akan digantung satu perlawanan selepas menerima kad kuning kedua dalam kejohanan Piala Dunia.

FIFA sebelum ini memperkenalkan pengampunan selepas suku akhir bagi mengelakkan kes seperti kapten Jerman Michael Ballack yang terlepas perlawanan akhir 2002 selepas menerima kad kuning kedua di separuh akhir.

Peringkat pengampunan kedua selepas peringkat kumpulan kini diperkenalkan kerana kejohanan diperluaskan daripada 32 kepada 48 pasukan, yang memerlukan satu pusingan kalah mati tambahan, iaitu pusingan 32.

Langkah ini juga mengurangkan kemungkinan pemain digantung bagi perlawanan separuh akhir.

Piala Dunia akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

FIFA mengadakan mesyuarat di Vancouver minggu ini, termasuk kongres tahunannya pada Khamis.

– Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: PTBS Blue juara sulung Piala YB Mohamad Duri, perkasa sukan tenis di Saratok
Next: Ora Et Labora Run OJA Kuching sasar 1,500 peserta, kukuh jaringan Josephian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.