Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Festival Kuching 2025 bermula 25 Julai – 17 Ogos depan, tawar acara lebih besar dan inklusif
  • Selatan
  • WILAYAH

Festival Kuching 2025 bermula 25 Julai – 17 Ogos depan, tawar acara lebih besar dan inklusif

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng.

KUCHING: Festival Kuching 2025 bakal berlangsung dari 25 Julai hingga 17 Ogos depan, menampilkan pelbagai acara menarik yang lebih besar, berwarna-warni dan inklusif berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata, festival tahunan itu bukan sahaja meraikan warisan budaya tempatan, malah menonjolkan identiti bandar raya Kuching melalui makanan kreatif, seni persembahan, aktiviti sukan dan keterlibatan komuniti termasuk warga emas.

Kemuncak festival ialah Pesta Festival Kuching di Dewan Masyarakat MBKS yang merangkumi Pesta Makanan, Pesta Perdagangan dan Persembahan Hiburan Malam. Permohonan untuk menyertai Pesta Makanan kini dibuka dengan kadar sewaan bermula RM650 hingga RM5,400. 

Borang permohonan boleh diperoleh di Kaunter 8 dan 9, Lobi MBKS sehingga 8 Mei, manakala dokumen tender perlu dihantar sebelum 14 Mei.

Beberapa acara lain turut dijadualkan seperti Pameran Taman, Kuching Got Talent, Mayor’s Walk, Zumba Fiesta, Tarian Rakyat, Demonstrasi Seni Bela Diri, Malam Muzik Tradisional, Malam Bandar Persahabatan, Pertandingan Memancing dan Larian Separuh Marathon Kuching.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan festival yang menjadi lambang perpaduan, kreativiti dan semangat komuniti warga Kuching.

Oleh Amanda L.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 17 pelajar ditahan dalam Ops Motosikal di Limbang, didapati tiada lesen memandu
Next: Peranan KMKK penting pastikan pembangunan, dasar kerajaan sampai ke akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.