Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Fast Culture Music Festival 2025 gegarkan Stadium Sarawak
  • HIBURAN

Fast Culture Music Festival 2025 gegarkan Stadium Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MERIAH… Persembahan Joe Flizzow. Foto CATS FM

PETRA JAYA: Stadium Sarawak malam tadi bergema dengan sorakan peminat muzik sempena Fast Culture Music Festival 2025 yang berlangsung penuh warna-warni. Festival muzik berprestij ini menampilkan barisan artis terkenal dari dalam dan luar negara.

Antara yang menghangatkan pentas utama malam ini ialah Danilla, Biak Ijal, duo hip-hop popular Malaysia Joe Flizzow X SonaOne, serta Adruce Azman, White Chorus dan Drasska.

PERSEMBAHAH White Chorus (kiri) dan Danilla (kiri). Foto CATS FM

Setiap artis membawa keunikan tersendiri, menjadikan suasana konsert penuh variasi dan bertenaga.

Danilla memukau hadirin dengan vokalnya yang lunak dan persembahan yang penuh emosi, manakala gandingan Joe Flizzow dan SonaOne menghidupkan pentas dengan rentak hip-hop yang penuh tenaga.

Persembahan Biak Ijal dan Adruce Azman turut mencuri perhatian, disusuli aksi mantap White Chorus dan Drasska yang menutup malam dengan penuh gaya.

PERSEMBAHAN Budak Ijal (kiri) dan Joe Flizzow x SonaOne. Foto CATS FM

Fast Culture Music Festival 2025 bukan sekadar acara hiburan, tetapi menjadi platform pertemuan pelbagai genre, budaya dan generasi.

Berlatarkan Stadium Sarawak yang megah, festival ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara muzik paling dinanti di Sarawak.

Oleh Yanti Sham & Norman B

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Irfan Zaini sifat watak Blood Brothers detik bermakna dalam karier
Next: Konsert GenKRU ubati kerinduan peminat, buktikan mereka masih berbisa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.