Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FAS bersikap terbuka
  • SUKAN

FAS bersikap terbuka

Utusan Sarawak 5 years ago
BARISAN pemain muda skuad Sarawak United III yang bersaing dalam kancah Liga Piala Presiden– Foto FAIZAL BUJANG

FAIZAL BUJANG

PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) berharap badan induk tertinggi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat memperjelas status sebenar tiga liga (Liga Piala Presiden, Liga Piala Belia & Liga Futsal Premier Malaysia) dibawah kendalian pihaknya.

Presiden FAS, Dato Posa Majais berkata, ia penting bagi memudahkan pihaknya termasuk negeri-negeri lain dalam merangka pelan seterusnya.

“Pihak FAM akan mengumumkan semua perkara berkaitan bulan depan (Jun) dan kita berharap status tiga liga berkenaan dapat diperjelas sepenuhnya.

“Sama ada akan disambung semula pada satu tarikh baharu yang akan ditetapkan atau ditamatkan terus,” ujar Dato Posa ketika ditemui semalam.

Menurut Dato Posa, pihaknya tiada masalah disebalik sebarang keputusan yang abakal diumumkan oleh badan induk berkenaan.

Katanya, dalam situasi negara yang masih belum selamat ekoran penularan virus Covid-19 yang mencetuskan kebimbangan umum itu.

Justeru kata beliau, pihaknya tetap berpandangan positif kerana badan induk (FAM) pasti melihat aspek yang ada secara menyeluruh sebelum membuat keputusan.

Sebelum ini status kesemua liga berkenaan terus menjadi tanda tanda kepada pihak pengurusan seluruh negeri sama ada akan diteruskan atau ditamatkan dengan lebih awal.

Apa pun, kata Dato Posa sama-sama kita tunggu keputusannya dalam sedikit masa lagi.

Continue Reading

Previous: Ronaldo puji Luigi Simoni sebagai ‘guru bijak’
Next: Bayern beli Coutinho 120 juta euro?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.