Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Farke puji kemenangan bersejarah Leeds di Old Trafford
  • SUKAN

Farke puji kemenangan bersejarah Leeds di Old Trafford

Utusan Sarawak 11 hours ago

Daniel Farke meraikan kemenangan bersejarah Leeds United ke atas Manchester United di Old Trafford. Foto AFP

MANCHESRER (UK): Pengurus Daniel Farke menyifatkan kemenangan 2-1 Leeds United ke atas Manchester United sebagai satu ‘langkah besar’ dalam usaha mereka kekal di Liga Perdana Inggeris.

Leeds menamatkan penantian panjang apabila mencatat kemenangan liga pertama di Old Trafford sejak 1981, hasil dua gol babak pertama Noah Okafor.

United berdepan kesukaran apabila Lisandro Martinez dilayangkan kad merah selepas insiden menarik rambut Dominic Calvert-Lewin. 

Gol tandukan Casemiro kemudian mencetuskan aksi mendebarkan di penghujung perlawanan, namun Leeds bertahan dengan dua aksi menyelamat di garisan gol.

Kemenangan itu juga merupakan yang pertama ke atas United dalam liga sejak 2002 dan dalam semua pertandingan sejak 2010, sekali gus meletakkan Leeds enam mata di atas zon penyingkiran dengan enam perlawanan berbaki.

“Bangga dengan pemain. Prestasi hebat. Ini waktu genting musim dan penting untuk kekal tenang serta ikut pelan,” kata Farke.

Menurutnya, Leeds sepatutnya mendahului lebih besar pada separuh masa pertama, namun terlepas beberapa peluang.

“Kami sedikit leka dalam satu situasi bola mati. United pasukan berkualiti tinggi dan mampu beri impak dari bangku simpanan,” katanya.

Farke turut menegaskan prestasi konsisten pasukannya sepanjang musim membuktikan mereka layak berada di kedudukan lebih baik.

“Kemenangan ini bagus untuk moral dan keyakinan. Ini kemenangan pertama di sini selepas lebih 40 tahun. Ia sangat menakjubkan dan satu langkah besar ke hadapan,” katanya.

Leeds kini berada di landasan untuk kekal dalam saingan liga utama, selain turut melangkah ke separuh akhir Piala FA menentang Chelsea di Wembley pada 26 April.

“Namun kami perlu kekal merendah diri. Kami belum sempurna, tetapi berada di landasan yang tepat untuk capai sesuatu yang positif musim ini,” tambahnya.-AFP

Continue Reading

Previous: Kabong dicadang jadi tuan rumah Kejohanan Tarik Tali Sarawak, sasar peringkat antarabangsa
Next: Piala Thomas 2026: Jadual kurang padat bakal beri kelebihan buat Zii Jia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.