Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Faizal sedia beri 100 peratus
  • SUKAN

Faizal sedia beri 100 peratus

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 27 Mei -- Pemain hoki Terengganu, Faizal Saari (kiri) bersaing dengan pemain Melaka, Muhammad Iderus Ali pada sepruh akhir Kejohanan Hoki Piala TNB Tun Abdul Razak Edisi 54, 2016 di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam ini. Terengganu menundukkan Melaka dengan jaringan 4-0. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

GAMBAR FAIL… Aksi Faizal Saari (kiri) yang mewakili Terengganu bersaing dengan pemain Melaka, Muhammad Iderus Ali pada separuh akhir Kejohanan Hoki Piala TNB Tun Abdul Razak Edisi 54, 2016 di Stadium Hoki Bukit Jalil. •Foto BERNAMA

BEKAS penyerang berbisa negara, Faizal Saari sedia memberikan komitmen 100 peratus sekiranya kembali dipanggil menyertai skuad hoki kebangsaan selepas ini.

Walaupun tidak beraksi untuk tempoh hampir tujuh bulan, pemain berusia 29 tahun itu telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa di hadapan gol dan penyerang terbaik buat masa ini apabila berjaya meledak 14 gol buat Terengganu dalam saingan Piala Tun Abdul Razak setakat ini.

“Saya dalam hati memang nak main balik (untuk skuad kebangsaan), jika terpilih, saya berbesar hati. Jika tiada rezeki saya kena cari jalan lain, seperti ke Eropah atau kena usaha lagi kuat.

“Jika dipanggil, saya memang akan bagi komitmen 100 peratus untuk tahun ini. Masa untuk lupakan perkara lama dan buka lembaran baharu,” katanya ketika ditemui selepas membantu Terengganu mara ke separuh akhir Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, malam semalam.

Bagaimanapun, keputusan terletak di tangan ketua jurulatih skuad ‘Speedy Tigers’ baharu, A. Arul Selvaraj sama ada mahu menyenaraikan pemain itu yang pernah beraksi di Liga India dan Australia Selatan ke kem latihan kebangsaan atau tidak.

Faizal; adiknya Fitri; kapten skuad negara sebelum ini Sukri Mutalib; Joel Van Huizen; dan Nabil Fiqri Mohd Noor merupakan antara nama besar yang digugurkan oleh bekas jurulatih negara, Roelant Oltmans daripada senarai 34 pemain yang dipanggil ke kem latihan.-Bernama

Continue Reading

Previous: RMPA ambil tindakan perangi wabak AHS
Next: 16 sertai klinik memanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.