Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Faisal Halim alami retak tulang hidung
  • SUKAN

Faisal Halim alami retak tulang hidung

Utusan Sarawak 4 weeks ago
FAISAL Abdul Halim.

KUALA LUMPUR: Pemain sayap sensasi Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim mengalami keretakan pada bahagian hidungnya ketika perlawanan menentang PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Selangor FC memaklumkan pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) mengesahkan pemain berusia 27 tahun itu akan dirawat secara konservatif serta mendapatkan pemeriksaan rapi dalam masa terdekat.

“Menurut doktor pakar ENT, beliau mengalami “fracture nasal bone with mucosa laceration” dan akan dirawat secara konservatif serta mendapatkan pemeriksaan rapi dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, tiada kesan membahayakan untuk beliau beraksi di atas padang,” menurut Selangor FC menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Facebook hari ini.

Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim bertembung dengan kapten The Cops Faith Friday Obilor pada minit ke-55 perlawanan dan bahagian hidungnya kelihatan terkena siku Obilor.

Selangor FC bagaimanapun menutup musim ini dengan bergaya selepas menang 2-0 ke atas PDRM FC 2-0 menerusi jaringan pada babak kedua menerusi Alvin Fortes dan Yohandry Orozco masing-masing pada minit ke-49 dan masa kecederaan (90+2).

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi kekal di tangga kedua liga dengan mengumpul 52 mata manakala The Cops pula menamatkan saingan di kedudukan kesembilan liga selepas mengutip 27 mata. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: RM600,000 naik taraf Pusat Sukan Riveria Debak
Next: Arsenal tangguh kejuaraan Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.