Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fahmi ucap takziah kepada keluarga wartawan veteran James Ritchie
  • SEMASA

Fahmi ucap takziah kepada keluarga wartawan veteran James Ritchie

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO Facebook Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan veteran mendiang James Alexander Ritchie yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata pemergian mendiang yang amat disegani dan banyak berjasa dalam dunia kewartawanan negara merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tersayang malah kepada seluruh warga media tanah air.

“Dengan pengalaman hampir 50 tahun, mendiang menjadi inspirasi kepada ramai generasi wartawan dan meninggalkan legasi yang cukup bermakna,” katanya.

Fahmi berkata pemilihan James Ritchie sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak, adalah bukti pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan dan dedikasi mendiang dalam bidang tersebut.

“Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi saat-saat sukar ini,” katanya.

James Ritchie yang menabur bakti dalam dunia kewartawanan selama lima dekad sejak 1971 meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (SGH) hari ini pada usia 75 tahun. -Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah ucap takziah atas pemergian James Ritchie
Next: Pemergian James Ritchie kehilangan besar dunia kewartawanan – Abdullah Saidol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.