Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • F1 lapor lonjakan jangkitan Covid-19
  • SUKAN

F1 lapor lonjakan jangkitan Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago

People queue in front of a medical tent to undergo a PCR test for the coronavirus disease at the Sochi Autodrom Circuit in Sochi on September 26, 2020. (Photo by Pavel GOLOVKIN / POOL / AFP)

LAKUKAN UJIAN… Orang ramai beratur di hadapan khemah perubatan untuk menjalani ujian PCR untuk Covid-19 di Litar Autodrom Sochi di Sochi pada 26 September 2020. • Foto AFP

FORMULA Satu (F1) mengesahkan pada Jumaat bahawa ia telah mencatat lonjakan  Jangkitan Covid-19 terbesar dalam sukan ini tahun ini ketika ia bersedia untuk Grand Prix Rusia, perlumbaan ke-10 musim ini.

Sukan itu menyatakan telah memperoleh keputusan ujian Covid-19 positif tertinggi, beberapa jam sebelum menyambut sebilangan besar penonton ke perlumbaan untuk pertama kalinya tahun ini.

Organisasi F1 dan badan berkuasa sukan itu, International Motoring Federation (FIA) mengatakan bahawa mereka telah memperolehi tujuh kes Covid-19 daripada 3,256 ujian antara 18 September dan 24 September.

Ujian dilakukan setiap lima hari terhadap kakitangan pasukan, pemandu dan semua kakitangan media.

Acara hujung minggu ini adalah acara sukan antarabangsa utama pertama era Covid-19 yang mempunyai penonton yang ramai setelah penganjur Rusia mengaku telah menjual 30,000 tiket untuk perlumbaan Ahad.

Tujuh daripada sepuluh pasukan berpusat di Britain di mana jumlah kes jangkitan yang dilaporkan meningkat dengan pesat dalam beberapa minggu terakhir.

Terdapat 44,000 ujian yang dilakukan dalam sembilan perlumbaan pembukaan yang dilakukan dalam tiga peringkat di bawah protokol ketat memberikan sembilan keputusan positif dan tidak lebih dari dua dalam satu minggu.

Amalan mengendalikan pergerakan kelompok-kelompok terlibat di bawah bawah garis panduan ketat menjadi ujian terbesar musim ini pada hujung minggu ini.

Rusia mengesahkan 7,212 kes baharu Covid-19 pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan 1,136,048 menurut The Moscow Times. AFP

Continue Reading

Previous: Chech latih Kepa, Mendy
Next: JDT kempunan raikan kejuaraan awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.