Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Exco PBB Bawang Assan lawat LAS
  • Tengah
  • WILAYAH

Exco PBB Bawang Assan lawat LAS

Utusan Sarawak 6 months ago
PENERANGAN… Romeo (duduk, lima kiri) bersama Exco Pemuda PBB N.53 Bawang Assan ketika sedang mendengar taklimat tentang masalah bekalan air di Sibu oleh pihak LAS.

SIBU: Exco Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bawang Assan telah mengadakan lawatan ke Lembaga Air Sibu (LAS) di Jalan Salim, hari ini.

Program lawatan disertai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari kawasan tersebut diiringi Setiausaha Politik Premier Sarawak, Romeo Christopher Tegong.

Dalam program lawatan itu, kesemua peserta telah diberikan penerangan tentang masalah bekalan air di Sibu oleh pihak LAS.

Antaranya, penyelesaian jangka pendek dan panjang yang telah, sedang dan akan dijalankan dalam masa satu hingga dua tahun akan datang.

Setiap pelaksanaan projek ini memerlukan tempoh untuk disiapkan berdasarkan saiz projek.

Bagi projek bersaiz kecil seperti menukar saluran paip lama mungkin tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, akan tetapi projek bersaiz besar memerlukan masa.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penganjuran seminar perkukuh kefahaman Islam saudara baharu
Next: Dua hari terputus hubungan, warga emas hilang ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.