Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Evelyne bawa ‘ong’
  • SUKAN

Evelyne bawa ‘ong’

Utusan Sarawak 3 years ago

KASIH SAYANG… Evelyne Tan Xieyie bergambar bersama keluarga tercinta selepas memenangi pingat emas dalam acara lompat bergalah wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.” Itu peribahasa yang sesuai menggambarkan atlet kecil molek berbangsa Cina dari Bumi Kenyalang, Evelyne Tan Xieyie, 20 apabila berjaya menumpaskan pemenang pingat emas lompat bergalah Sukan SEA Vietnam, Siti Sarah Adi dalam acara lompat bergalah wanita pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Atlet yang dilahirkan di Miri, Sarawak itu tidak menyangka bahawa dirinya mampu menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak memandangkan ini adalah penyertaan pertamanya dalam SUKMA kali ini.

“Saya rasa gembira apabila dapat tumpaskan Sarah. Bagaimana pun, ada rasa sedikit kecewa sebab tidak dapat mencapai rekod terbaik peribadi dalam acara itu,” katanya.

Ujarnya, sekiranya keadaan balapan tidak basah dan licin, dia mampu mencapai keputusan lompatan setinggi 3.1 meter.

Sementara itu, jurulatihnya, Kuan We Wei berkata, penyertaan Evelyne dalam SUKMA kali ini telah membawa ‘ong’ kepada Sarawak.

“Saya tidak menyangka dia (Evelyne) akan bawa pulang emas sebab dia bersaing dengan pemegang pingat emas Sukan SEA Vietnam. Saya sangat gembira dengan pencapaian dia sebab telah mengharumkan nama Sarawak,” ujarnya.

Mengulas mengenai acara itu, lompatan bergaya dengan ketinggian 2.90 meter telah memberi tuah kepada Evelyne sekali gus meninggalkan atlet Wilayah Persekutuan, Nur Anis Natasha Abdul Razif dengan pingat perak (2.80 meter) manakala Ch’ng Qin Yan dari Pulau Pinang sekadar berpuas dengan pingat gangsa (2.50 meter).

Continue Reading

Previous: 564 atlet taruhan Sarawak
Next: Olahraga menutup tirai kelmarin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.