Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Esplanade BGS kembali bercahaya
  • TEMPATAN

Esplanade BGS kembali bercahaya

Utusan Sarawak 5 years ago
DENGAR PENJELASAN… Datuk Dr. Abdul Rahman mendengar penerangan daripada pihak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) tentang rancangan untuk mentransformasikan Esplanade BGS.

KUCHING: Esplanade Boyan, Gersik dan Sourabaya (BGS) akan mengalami transformasi terutama dalam aspek pengindahan landskap.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia termasuklah pemasangan lampu baharu dan menaik taraf landskap sedia ada.

Malah menurut beliau, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediakan peruntukan khas untuk menaik taraf kemudahan di esplanade tersebut.

“Kawasan ini mempunyai potensi untuk menarik pelancong. Jadi kemudahan sedia ada perlu ditambahbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Esplanade BGS baru-baru ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) menjelaskan, lebih menarik lagi kawasan perkampungan tersebut turut termasuk dalam Pelan Strategik Old Kuching Smart Heritage (OKSHe).

“Melalui OKSHe, nilai warisan yang terdapat di kawasan ini akan terus dikekalkan dan Tapak Pelancongan akan dibangunkan bagi menarik kehadiran pelancong,” ujarnya.

Bukan itu sahaja menurutnya, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) turut merancang untuk terus merancakkan sektor ekonomi masyarakat tempatan.

“Kita telah lihat SEDC telah membangunkan kemudahan perniagaan untuk penduduk kampung menjana pendapatan,” jelasnya.

Beliau menambah, usaha tersebut adalah untuk meningkatkan lagi tarikan kawasan tesebut dan tidak terhad kepada produk makanan sahaja.

“Kita mahu kawasan ini menjadi destinasi wajib pergi kepada pelancong yang berkunjung ke bandar raya ini,” kata Dr Abdul Rahman.

Hadir sama Pengurus Besar SEDC Abdul Hadi Datuk Kadir, Ketua Kaum Kampung Gersik Jaafar Abong dan Ketua Kaum Kampung Boyan Abdul Hamid Ahmad.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Chee Kadir, PPD komited jalin kerjasama
Next: Lapangan terbang baharu Lawas di Sundar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.