Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ernie Zakri angkat tema kebahagiaan cinta dalam ‘Nostalgia’
  • HIBURAN

Ernie Zakri angkat tema kebahagiaan cinta dalam ‘Nostalgia’

Utusan Sarawak 2 months ago
SAMPAIKAN PLAK… Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim (kanan) menyampaikan plak kepada Ernie Zakry pada sidang media pengumuman Konsert 2025, semalam. Turut hadir, Pengarah Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng (kiri). Foto BERNAMA

ERNIE Zakri tampil dengan single terbaharunya bergenre city pop berjudul Nostalgia yang mengangkat tema kebahagiaan cinta.

Dicipta oleh penyanyi Indonesia Allan Anderson, Ernie menyifatkan lagu yang diberi sedikit sentuhan retro itu sebagai dedikasi kepada insan tersayang.

ERNIE Zakry hadir pada sidang media pengumuman Konsert 2025, semalam.

“Aura lagu bergenre city pop ini berbeza dengan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini, seperti memberi perisa (berlainan) kepada peminat-peminat saya.

“Lagu ini boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja yang kita sayangi, sama ada ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan atau peminat,” katanya kepada Bernama selepas sidang media Konsert 2025 Insomniacks, Ernie Zakri dan DOLLA.

Mengulas proses rakaman, pelantun lagu Masing-Masing dan Aura itu, berkata meskipun beliau mempunyai jadual yang padat, kerjasama dengan komposer Indonesia tersebut masih dapat membuahkan hasil yang unik.

“Allan sangat kreatif dan kami bereksperimen dengan pelbagai alunan vokal dan harmoni, hasilnya sangat tersusun rapi,” katanya.

Pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-39 itu berkata lagu Nostalgia menampilkan gaya yang mengingatkan beliau kepada penyanyi Datuk Sheila Majid.

“Single ini turut mencerminkan arah baharu saya dalam projek-projek akan datang, sekali gus memberikan lapisan segar kepada lagu-lagu saya,” katanya

Lagu Nostalgia boleh didengar di semua platform digital mulai 21 Februari lalu, manakala video muziknya disiarkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri sejak semalam. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Syafinaz tampil di konsert ‘Classical Treasures’ bersama MPO
Next: ‘SAR-A-WAK’ kolaborasi MC Wayne & Knowno

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.