Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Enjin kereta terbakar sepenuhnya, tiada kecederaan dilaporkan
  • KEBAKARAN

Enjin kereta terbakar sepenuhnya, tiada kecederaan dilaporkan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
OPERASI pasukan bomba memadamkan sisa kebakaran enjin kereta jenis Proton Persona.

KUCHING: Sebuah kereta jenis Proton Persona dilaporkan terbakar sepenuhnya di bahagian enjin dalam satu insiden yang berlaku di aras 2, Meditel, Hospital Umum Sarawak, petang tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar 6.55 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Abdul Hakim Supian, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, api telah pun berjaya dikawal oleh orang awam menggunakan sembilan unit alat pemadam api. 

“Kebakaran kemudiannya dipadam sepenuhnya menggunakan dua unit hose reel bangunan dengan bantuan anggota bomba

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbakar 100 peratus di bahagian enjin dan tindakan pantas orang awam yang menggunakan alat pemadam api berjaya mengawal kebakaran daripada merebak sebelum bantuan bomba tiba di lokasi.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan, hari ini.

Tambah beliau, operasi melibatkan 10 anggota dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu unit EMRS dan pasukan bomba beredar dari lokasi setelah memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta terbakar 80 peratus, sepasang suami isteri selamat

Next: Pemandu selamat, Toyota Vios musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.