Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Enam pelajar SMK Lanang turut naiki lori ATM untuk duduki SPM
  • Tengah
  • WILAYAH

Enam pelajar SMK Lanang turut naiki lori ATM untuk duduki SPM

Utusan Sarawak 4 months ago

SIBU: Seramai enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanang yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kawasan Sungai Assan dihantar ke sekolah menggunakan kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan jalan ke sekolah dinaiki air.

Pegawai APM Daerah Sibu, Mej (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, masa bergerak ke sekolah pada 6.15 pagi, kesemua pelajar tersebut selamat sampai di sekolah, 7.15 pagi.

“Penghantaran pelajar dari kawasan Sungai Assan yang menduduki peperiksaan SPM ke sekolah tersebut pada pagi ini berikutan jalan ke sekolah dinaiki air. 

“Kekuatan logistik adalah sebuah lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda ATM. Penghantaran berjalan dengan lancar dan kesemua murid selamat sampai di sekolah,” katanya menerusi kenyataan, pagi tadi.

Sementara itu, di SMK Sedaya Kanowit, APM menggunakan sebuah lori tiga tan untuk menghantar empat pelajar sekolah tersebut yang menduduki peperiksaan SPM pagi tadi. Turut dihantar ialah lapan guru dan pengawas peperiksaan.

Penghantaran tersebut berikutan jalan ke selolah dinaiki air. Masa bergerak ke sekolah pada 6.30 pagi dan kesemua pelajar, guru dan pengawas peperiksaan selamat tiba di sekolah pada 7.40 pagi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan dinaiki air, calon SPM minta bantuan bomba hantar ke asrama
Next: Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.