Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat termasuk Datuk Seri direman bantu siasatan tuntutan palsu
  • JENAYAH

Empat termasuk Datuk Seri direman bantu siasatan tuntutan palsu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO SPRM

PUTRAJAYA: Empat individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ direman empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kira-kira RM360 juta.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50-an dan 70-an itu telah ditahan antara 4 hingga 6 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

“Siasatan awal mendapati kesemua individu itu dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2016 hingga 2017.

“Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM1.3 bilion,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. — Bernama

Continue Reading

Previous: Pengurus akuan syarikat rugi RM1.36 juta
Next: Teen girl alleges sexual harassment in car, Kuching police launch investigation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.