Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat rumah panjang dinaiki air
  • Utara
  • WILAYAH

Empat rumah panjang dinaiki air

Utusan Sarawak 3 weeks ago

PANTAU… Anggota APM Marudi melakukan pemantauan banjir di SK Pengarah Entri Ulu Teru.

MARUDI: Empat rumah panjang di daerah Beluru dilaporkan dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Selain itu, beberapa kemudahan awam turut terjejas, termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Pengarah Entri Ulu Teru yang dinaiki air setinggi dua setengah kaki, serta Klinik Desa Ulu Teru yang dinaiki air setinggi dua kaki.

Empat rumah panjang yang dilaporkan terjejas ialah Rumah Rendah Kampung Matek Ulu Teru (1 ½ kaki), Rumah Kalong Tanjung Rian (1 ½ kaki), Rumah Abok Kampung Mulong Ulu Teru (1 ½ kaki), dan Rumah Henry Gomes Kampung Mission (1 kaki).

Pegawai Pertahanan Awam daerah Marudi, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, berkata pihaknya telah mengarahkan empat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marudi dari Skuad Bravo yang diketuai oleh Pbt (PA) Mariana Julie untuk memantau kawasan-kawasan berisiko banjir.

Turut terlibat dalam pemantauan ialah Pbt (PA) Spencer Bangit (pemandu bot), Pbt (PA) Rabina Nyelang (operasi), dan Pbt (PA) Bennet Berasap Raymond (operasi).

Menurutnya, sekolah dan klinik masih beroperasi seperti biasa dan keadaan banjir terkawal serta selamat.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Limpahan kumbahan: ADUN Tanjong Batu desak tindakan segera
Next: Kejohanan MSSR Zon Tutoh Apoh ke-32 meriah di SK Long Kevuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.