Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat projek RTP di Meradong dilulus, laksanakan segera
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat projek RTP di Meradong dilulus, laksanakan segera

Utusan Sarawak 6 months ago

SAKSI....Gung Chiu Kion (tengah) selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan tapak projek kepada kontraktor.

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak telah meluluskan empat Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Meradong. 

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, projek-projek tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. 

“Projek RTP ini adalah pembinaan baharu tempat letak kereta di surau Kampung Selemas, kerja naik taraf sistem perparitan di rumah panjang Tury Rentap di Sungai Baron, kerja naik taraf jalan di rumah panjang Ngipa Andieng di Sungai Buloh dan rumah panjang Bandar Wat di Sungai Tulai. 

“Saya berharap kerja-kerja naik taraf akan berjalan lancar dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi media, hari ini. 

Penyerahan tapak projek RTP tersebut kepada kontraktor yang dilantik telah disaksikan oleh wakil Tiong Sii, Gung Chiu Kion baru-baru ini. 

Turut hadir semasa penyerahan tapak projek adalah Penolong Jurutera Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) Churchill Barrak.

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Ubah cara bertani, untuk tingkat hasil
Next: Empat organisasi terima geran MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.