Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat projek naik taraf kawasan Bawang Assan dimulakan  
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat projek naik taraf kawasan Bawang Assan dimulakan  

Utusan Sarawak 2 months ago
UNTUK RAKYAT… Lau (tiga, kanan) menyaksikan penyerahan projek RTP di kawasan Bawang Assan, semalam.
 

SIBU: Empat projek menaik taraf di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) khas di kawasan Bawang Assan telah dimulakan. 

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, berkata projek tersebut ialah tempat letak kereta di Rumah Ali dan Rumah Muja di Tutus, projek menaik taraf jalan di kawasan Empawah yang terdedah kepada banjir, dan laluan konkrit termasuk menaik taraf jalan di Jalan Foochow. 

“Walaupun ada sedikit kelewatan, saya tetap merasa gembira kerana projek-projek itu kini diserahkan kepada kontraktor untuk dilaksanakan, dan kami akan memantau kemajuan projek bersama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS),” katanya.

Terdahulu petang semalam, Lau bersama pasukan SUPP Cawangan Bawang Assan dan jurutera MDLBS melaksanakan penyerahan tapak bagi empat projek itu. 

Katanya, projek RTP tersebut yang telah diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 2023, mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.

“Kami berharap projek RTP ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk setempat dan khususnya bagi mengurangkan beberapa jalan yang terdedah kepada banjir di kawasan Sungai Empawah,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kos RM7 juta, 618 projek PPRMS DUN Bukit Sari siap
Next: Risiko rendah, modal kecil jadikan bazar Ramadan platform terbaik golongan muda mulakan perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.