MARUDI: Empat organisasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu menerima peruntukan sebanyak RM25,500 menerusi geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).
Penyampaian cek MRP tersebut disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantaauan Projek ) Datuk Gerawat Gala di sini, semalam.
Organisai tersebut ialah JKKK Rh Vincent Tanjung Upar Baram (RM7,000) dana untuk perbelanjaan aktiviti 2024, PIBG SK Poyut Marudi (RM5,000) untuk program PIBG Poyut 2024, JKKK Kampung Lubok Nibong Marudi (RM3,500 ), untuk menjalankan aktiviti Raya Korban dan PIBG SMK Marudi ( RM10,000) peruntukan untuk Sukan Tahunan 2024.
Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berharap ahli jawatankuasa organisasi yang menerima peruntukan ini dapat menggunakan peruntukan dengan baik demi melancarkan aktiviti masing-masing.
Justeru itu beliau berharap organisasi yang telah menyempurnakan aktiviti masing-masing dapat melaporkan kepada Pusat Khidamat DUN Mulu untuk tujuan rekod.