Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut, pesawat ringan terhempas
  • GLOBAL

Empat maut, pesawat ringan terhempas

Utusan Sarawak 3 years ago
EMPAT terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di dalam laut dekat Brisbane. • Foto AFP

BRISBANE, Australia: Dua orang dewasa dan dua kanak-kanak terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas dekat bandar raya Brisbane, kata polis semalam.

Polis negeri Queensland berkata, keempat-empat mangsa terbunuh apabila pesawat kecil itu terhempas di perairan cetek dekat Redcilffe, utara Brisbane pada 9.00 pagi (waktu tempatan).

Mayat  juruterbang berusia 69 tahun bersama tiga penumpang iaitu seorang individu dewasa dan dua kanak-kanak ditemui oleh pasukan penyelam polis tidak lama kemudian. Identiti kesemua penumpang masih belum dikenal pasti.

Pegawai polis tempatan, Inspektor Craig White menyifatkan kejadian itu sebagai kemalangan tragis menjelang hari Krismas.

“Ini adalah perkara  yang tidak harus dilalui oleh sesebuah keluarga menjelang waktu ini (menjelang Krismas),” katanya. 

Media tempatan memaparkan pesawat empat tempat duduk itu berada dalam kedudukan terbalik di dalam air.

Laporan awal menyatakan  pesawat itu terhempas sejurus selepas berlepas, kata pihak berkuasa tetapi siasatan penuh telah diarahkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – AFP 

Continue Reading

Previous: Wartawan sambilan Associated Press ditahan
Next: Angka korban Taufan Rai meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.