KABUL: Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian letupan di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan pada Jumaat.
Menurut salah seorang saksi kejadian, Ahmad Jawid, letupan tersebut berlaku ketika jemaah sedang solat berjemaah.
“Saya sedang menuju ke masjid ketika kejadian berlaku. Para jemaah sedang bersolat ketika letupan itu berlaku.
“Selepas memasuki masjid tersebut, saya nampak beberapa mayat dan mangsa yang cedera serta mayat imam di situ,” ujarnya.
Menurut jurucakap kerajaan, beberapa jemaah yang lain dilaporkan cedera namun masih belum dapat mengesahkan jumlahnya.
Sejak beberapa minggu lalu, serangan seumpanya kerap berlaku dan serangan tersebut didakwa dilakukan oleh kumpulan berkenaan militan Islam.
Awal bulan ini, seorang imam maut dalam kejadian seumpamanya di sebuah masjid di Kabul dan mencederakan lapan yang lain.-AFP